Pages

Monday, December 5, 2011

Jaundice a.k.a Demam Kuning

Hmm..harini aku nak share sikit tentang jaundice a.k.a demam kuning di kalangan newborn babies..
Walaupun anak aku, Razin dah masuk hari yang ke 17, namun kuning dia masih kelihatan.. Macam mane nak tau?  Tengok je kat kornea mata tu, kalau mcm kuning2 tu..maknanye ade lah.. or lagi satu, tekan sikit kat kulit badan dia, and bile lepas, mesti ade tanda kuning2..

Menurut research aku (chewah!!- aku bace kat buku & internet je).. jaundice ni memang kebiasaannya berlaku dekat hampir semua bayi yg baru lahir, cuma bacaan dia je yg berbeza, ade yg tinggi, ade yg rendah.. Kenapa ia berlaku? ..Ia disebabkan kandungan bilirubin yang berlebihan dalam darah.  Bilirubin ni, adalah sejenis chemical yang dihasilkan ketika pemecahaman sel2 darah merah dan selalunya dibuang daripada darah melalui hati (liver). Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir selalunya menghasilkan jumlah bilirubin yang banyak daripada yang boleh di 'handle' oleh hati mereka. As the result, bilirubin yang berkumpul di dalam darah menyebabkan kekuningan yang dipanggil jaundice.

Selalunya, jaundice ni berlaku pada hari kedua atau ketiga kelahiran, peaks by the fifth day (ni hari yang kritikal)- so, kena pastikan bacaannya tidak terlalu tinggi. If so, then selalunya bayi-bayi ni akan diletakkan di bawah lampu 'biru' kat hospital.. haa..proses ni dipanggil phototheraphy. Lampu yg digunakan tu ialah fluorescent light, atau dipanggil bililight. Masa treatment ni, bayi akan di'bogelkan' except for the nappies and their eyes are covered to protect them from the light. Bayi hanya keluar daripada lampu ni utk diberi susu sahaja..

Kebanyakan kes jaudice akan berakhir dalam masa satu minggu, however ade juga yang prolonged & mengambil masa yang lebih lama terutama untuk bayi-bayi pra-matang, babies yang berat die turun selepas delivery, babies yang ibunya mengalami diabetes, dan juga bayi yang lahir melalui proses induksi (induce of labor)..

Menurut doktor yang aku jumpa, tiada ubat yang boleh diberikan, kecuali dengan memberi bayi susu sekerap yang boleh. Seeloknya breastfeeding (semua orang tahu babies should be breastfed exclusively for six month and preferably to be continued until the age of two). So, itu aje yang aku buat untuk Razin ni dengan harapan die akan sembuh. Tambah doktor lagi, penyakit kuning ni akan beransur2 sembuh dengan sendirinya bile liver bayi tu dah boleh memproses dengan sempurna. 

Aku pun ade bertanya doktor tentang 'menjemur' bayi di bawah sunlight (yg selalu org2 tua suggest).. Hmm..menurut kajian, dia kata memang betul bahan yg ada dalam sunlight tu boleh membantu memecahkan bilirubin tu..namun, selain daripada itu, sunlight pun mengandungi sinar UV yang patut kita elakkan daripada kena direct pada kulit bayi utk mengelakkan penyakit kulit plak.. So, doktor suggest, boleh nak bawak baby2kene cahaya, tapi jangan direct sunlight.. Seeloknya, bilik yg diduduki bayi tu mempunyai pengudaraan dan cahaya yang cukup.. Doktor kata bole letak bayi kat tepi tingkap..tu je aku buat pagi2 dalam kol 8-9..

Aku ada jugak terbaca yang jaundice ni lebih kerap berlaku di kalangan baby yang di-breastfeed kan sbb ade a few subtance dalam breastmilk tu yg interfere dgn proses 'breakdown' of bilirubin tu.. Doktor pun ada cakap macam tu..Tapi kengkawan, jangan pulak stop breastfeeding ya! Rugi-nya!... Doktor pun nasihatkan utk meneruskan breastfeeding, sbb lambat laun jaundice ni akan sembuh jugak.. Oh ya, doktor ade nasihatkan jangan amik sebarang jamu or makan benda2 yang boleh buat badan panas.. So aku smpai harini memang tak makan jamu.. In fact sebenarnya anak first pun aku tak amek jamu.. hoho. Bayi yang ade jaundice ni pun kerap mengantuk dan selalu tidor, so si ibu kena lah rajin2 kejutkan dia utk bagi susu, ye..

Hmm..aku ni kalo cakap pasal breastfeeding memang semangat giler.. hehe.. That's why aku akan keep on breastfeed anak aku even kuning dia lambat nak baik.. Sebab aku percaya breastmilk is the best milk ever untuk anak2.. Anak aku yang first tu, Afif aku breastfeed for two years! Memang aku dah niat macam tu sejak dia lahir, even though mase die setahun lebih tu aku dah pregnant anak kedua, aku still bagi dia susu badan (walaupun ada org marah aku kata tak elok la itu la inilah- mane dierg blajar tu??.. boleh je sebenarnya selagi tak memudaratkan kandungan).. buktinya, si Afif tu susah nak sakit..kalau ade pun sekali sakala and tak teruk.. Alhamdulillah.. So aku harap anak yg kedua ni pun sama lah.. (Eh, ni dah masuk bab laen plak ni..haha) ~

Itu je la coretan aku pasal jaundice ni..nak tau lebih lanjut, search je kat internet, banyak giler info..hmm tp hati2 sikit dengan petua2 orang dulu2 ni..bagi susu kambing la, itu la ini la.. korang pandai2 lah menilai sendiri berdasarkan pengetahuan korang. Kalo aku, aku akan nilai dulu the reason or logical of sesuatu petua tu (mesti org2 tua banyak jem ngan aku..hehe)...kalo tak sure rujuk pada pakar dulu, ye~

Adios~

No comments:

Post a Comment